Monday, August 25, 2008

Akibat Bercinta Sebelum Kahwin

Nafsu sungguh jahat, syaitan amat menipu
Di akhir zaman ini ramai orang berkahwin,
berkenal-kenalan dan bercinta-cinta lebih dahulu
Sebelum berkahwin, di waktu bercinta
semuanya indah-indah belaka
Tidak ada yang susah, tidak ada masalah
Semuanya baik walaupun jelek,
sekalipun menyusahkan, tapi indah
Di masa itu kentutnya pun wangi,
peluhnya pun harum mengalahkan atar
Tapi setelah berkahwin, tidak sampai setahun,
tiga bulan sahaja, yang dahulu bukan masalah
sekarang masalah
Dahulu yang busuk berbau harum,
sekarang yang harum berbau busuk
Sekalipun atar pilihannya yang dipakai
namun baunya menyakitkan
Dahulu yang diminta perkara susah bukan masalah,
sekarang yang mudah satu kewajipan pula dianggap masalah. Dahulu cinta itu dirasakan sampai kesudah, rupanya sebelum separuh jalan, punah. Dahulu yang jahat pun dianggap baik, sekarang yang baik dianggap jahat. Betapalah yang jahat, terasa berpuluh-puluh kali jahat dan menyusahkan. Perang mulut pun mula terjadi, masing-masing menunjukkan sikap bermusuhan. Kadang-kadang tidur pun berasingan atau tidur membelakang. Dahulu marahnya pun indah, sekarang senyumnya pun pahit macam jadam.
Masing-masing bawa diri, izin-mengizin sudah tiada lagi. Makin bertemu perang menjadi-jadi,
makin berjumpa makin benci-membenci. Akibatnya apa sudah terjadi pada suami isteri ini?!
Kedua-duanya pergi jumpa tuk kadhi minta cerai katanya jodoh sudah tidak ada lagi. Begitulah kesan cinta dahulu sebelum kahwin. Indahnya dan manisnya sudah habis barulah diijabkabulkan.

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com